Powered by Blogger.

JALAN-JALAN KRABI 2018 (PART 1)

by - March 19, 2018

Hi chuollsss, good morning and happy working.

Sebelum aku start buat kerja, aku nak share pengalaman aku bercuti di krabi selama 4 hari 3 malam hehe. Actually ni kira honeymoon aku laki bini. Kawen bulan Nov 2017 tapi honeymoon Jan 2018 haha. Saje nk kasi settle sekali majlis belah laki baru pikir honeymoon, takde la serabut nanti kannsss..

Percutian kami bermula 10 Jan 2018 - 13 Jan 2018. Ticket flight (Airasia) aku dah lama beli iaitu bulan March 2017. Awal kan?! pastu konfiden je nak kawen bulan 11 padahal time tu tunang pon belum lagi wakaka. Date tu pon aku main pilih je dan kebetulan Air Asia tgh buat promo. So dpt la harga ticket RM 513.80 return, harga ni termasok la insurance fees, seat fees and processing fees utk dua org (exclude meal). Bagi aku ok dah tu harga dia, reasonable price lg. Taktau la korg dpt lagi murah ke kan...

2 bulan sebelum pergi tu puas la aku dok menggoogle pengalaman2 blogger lain, makanan dia mcm mana, transportation dia mcm mana. Penting hokeyyy utk korg buat research dulu utk persediaan korg nk tentukan budget percutian korg supaya nanti takde la terover budget ke apa. So far aku tgk semua bg review senang nk dpt makanan halal kt krabi plus sedap ! haaa tang ni buat aku tak sabar nak pergi krabi kahkah. Makan jela keje... Ok jom kita starttt...

Day 1

Flight kami dari KLIA2 berlepas pukul 1.30pm waktu Malaysia. Pukul 11.30am kami dah sampai KLIA2. Breakfast sikit kasi alas perot kt Mcd. Alhamdulillah flight kami tak delay and touchdown di Krabi Airport pada pukul 1.30pm (waktu thailand). Waktu thailand sejam lambat drpd waktu malaysia ye. Oh ye kt dalam flight pramugari akn bagi satu borang utk kita bg kt imigresen thailand, so korg kena stndby la pen siap2 dlm beg supaya nanti boleh isi details semua dlm flight. Kalau tak buang masa nk kena isi kt airport sbb org beratur panjang huhu...

Lepas je cek kt imigresen thailand, turun escalator kau dah boleh nampak banyak kedai travel agency, transportation n kedai jual simkad. First thing aku cari mestilah simcard hehe. Simcard THB130 utk 5 hari unlimited data. aku beli satu je, then bukak hotspot kongsi dgn laki aku (tips jimat!), line pon ok sgt, laju gilaa haha. Next, aku cari transportation kami utk ke hotel. Aku tgk harga semua sama je utk semua kedai. So aku decide amek service kt kedai belah kanan airport, tak ingt ape nama kedai ni. Transportation mini bus iaitu van utk kami ke hotel dengan harga THB300(2 pax). Van dia superb selesa bak angggg.

Daripada airport nak ke hotel makan masa dalam 40 minit mcm tu. Tapi disebabkan driver van tu tak pandai cari hotel kami, makan jadilah perjalanan selama 1 jam erghhh. Last2 kiteorg buka waze je and kiteorg yg jadi guide dia wakaka (thank u waze!). Akhirnya dalam pukul 3.30pm mcm tu kami sampai di Happiness Resort Krabi. Masa check in, dia minta passport kami utk buat copy and bayar THB2400, harga utk 3 malam di sana dan takde deposit fees pon hehe. Resort dia selesa, nyaman sebab jauh sikit daripada pantai Ao Nang yang busy. Pemilihan hotel ni depends kt korang. Kalau rasa nak meriah, boleh la book kt area pantai Ao Nang yang busy. Banyak sebernanya hotel ni. Pilih je la nak mahal, murah, sederhana. Semuanya tepuk dada tanya selera hiksss.

Selesai check in, masok bilik terus rehat2 jee. Yang best kt resort ni dia ade free wifi and free transportation (one way) dari Resort nak ke Pantai Ao Nang yang jaraknya dalam 4-5KM. Owner resort ni yg akan hntr korg. Tapi dia ade timing tau, start pukul 9am, 12pm, 3pm, 5pm & 9pm. Kami decide nk kuar pukul 5pm utk ke pantai Ao Nang utk cari makan, pakej2 island hoping n jalan2. Memang bersepah kedai travel agency kt ao nang tu and macam2 harga jugak la yg dorg tawarkan. Setelah puas berjalan n mencari, rezeki kami terjumpa dgn Soofa Travel Agency yg menawarkan THB1100/pax utk pakej island hoping di Phi Phi Island. Memula dia bg THB1200, aku ni tau jela selagi boleh bargain, aku bargain lerrrr hahaha. Last2 si owner ni kami panggil soofa dia setuju. Yeahh thank u soofa !! Pakej ni pergi ke 7 spot include lunch, accessories utk snorkerling, speedboat, snacks and air !

Kebetulan atas kedai soofa tu ade kedai makan, so kiteorg decide nak makan situ je sbb time tu hujan lebat sgt2. aku order Nasi Goreng Seafood, laki aku order nasi kosong n tomyam udang. Disebabkan hujan tak henti lagi kami order plak Banana Nutella Pancake. Ya Allah, sedap gila kau pancake dia. Sebelum balek tu, aku ckp ngan laki aku kite amek jela pakej utk kayak hari ke 3 tu dgn soofa.THB500/pax utk pakej kayak exclude lunch. Yessss kiteorg puas hati sgt dgn service soofa plus harga dia bukan harga yahudi makumlah aku ni mmg kedekut sikit orgnya wakaka.

Sebelah kedai soofa ade kedai jual Coconut Ice Cream, ice cream dia sedap gilaaa... berebut dengan laki aku, dua2 kaki makan mcm tu la jadi haha. So kiteorg decide nak balek dengan tuktuk. harga tuktuk THB100/pax utk balek ke hotel. Kalau dua org dah THB200. Bargain pon tak guna sbb mmg dorg taknak bg murah. So aku ckp ngn laki aku jom la kita sewa motor je. Harga tuktuk dah boleh sewa motor sehari. Kiteorg patah balek jumpe soofa, ckp la nak sewa motor utk 2 hari. Harga sewa sehari THB200 and dia bg total utk 2 hari THB390 sekali dengan full tank minyak woww. Tempat lain aku tgk sehari sewa THB250 paling murah and minyak cukup2 utk kau pergi ke station minyak n kena refill lol !

Thanks soofa, semoga murah rezeki awak hehe. Balek tu singgah 7E beli makanan n air utk breakfast esok memandangkan harga hotel tu tak termasok dgn breakfast. 7E dia gua ckp perghhh murah2 beb. Terkejut aku tgk harga sbb selalunya kalau kt Malaysia 7E mmg terkenal dgn harga yahudi. Kami beli air pisang susu, biskut and nescafe 3in1.

So, total duit hangus utk day 1 as per below details :

Simkad - THB130
Van ke Hotel - THB 300 / 2pax
Hotel - THB 2,400 / 3 nights
Dinner - THB 290
Ice cream - THB 70
Phi Phi Island - THB 2,200 / 2 pax
Kayak at Ao Thalane - THB 1,000 / 2 pax
Motor - THB 390 / 2 days
7E - THB 95

Total = THB 6,875 (utk 2 org)


Next, aku cerita plak pengalaman island hoping kt Phi Phi Island (Lautan Andaman) dalam part 2. stay tune guysssss.


Alas perot luuu sbelum fly. Beli nasi lemak singgit kt selayang n makan kt Mcd wakaka


Ni la van yg hantar kami dr airport ke resort. Selesa bak angggg....


Masjid Ao Nang...


Sampai dah di Happiness Resort Krabi. Cer cari mana receptionist dia hehe...


Boleh santai2 tgk tv kat area sini sementara tgh tunggu nak check in bilik...


Nampak tak ade dua ekor swan tu?! aku dah email siap2 kt resort ni bgtau kiteorg dtg utk honeymoon wakaka...


Toilet dia yang besar and bersih. Kalau nk cuci baju pon ok sbb ruang besar...


Haaa ni la dia kereta owner yg buat transportation free (one way) dr resort ke pantain Ao Nang


Yg tgh dok kt kaunter tula owner Soofa Tourist. Mmg ramai beb customer dia...


Ni la simkad yg kami pakai selama 4 hari di sana. Line laju gilaaaa plus murah je...






You May Also Like

0 comments

JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian (tak kesah la perhentian kecil ke besar) sila angkat tangan !!! Actually aku dah lama plan nak pergi ke ...