Powered by Blogger.

PENGALAMAN BELI RUMAH SELANGORKU D'KRISTAL - RUMAH PERTAMA (PART II)

by - March 08, 2018

Morning pada semua rakyat marhainnn like me wakaka...

Sihat ke idok ?! Pepagi ni eloklah kita ucap Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas sbb oxygen Allah bg percuma je tau !!! Nikmat mana lagi yang korang nak dustakan !!! tetiber.... kahkahkah

Okla okla, straight to the point.. korang mesti tak sesabar nak tau sambungan cerita drpd Part 1 kannnssss. Entri Part 2 ni aku nk stroy more to process mcm mane nak dptkan loan untuk rumah. Untuk meringkaskan lagi, aku bg list total cost yang perlu di bayar untuk pembelian rumah ni.


Total Cost Per Unit  : RM100,000.00
Booking Fees           : RM 1,000.00 (PAID)
Down Payment        : RM9,000.00 (kena settlekan dlm masa 14 hari    drpd sign S&P)
Balance                    : RM 90,000.00 (kena settlekan sebelum 31 Jan      2018)

So masa open day tu kiteorg dah settlekan booking fees sbb mmg wajib kena byr, kira kau book la utk unit rumah tu. Tinggal lagi DP and balance 90% tu je kiteorg kena settlekan mengikut deadline yang dia bg. Tapi pasal deadline syarat je dlm kertas, actually developer boleh kawtim pasal benda ni asalkan korg mmg betul2 dah buat submission application kt bank. Nampak la kt situ effort kau kan...

Developer ade bg list panel bank siap dgn PIC n no fon dia lg. Jadi pembeli boleh rujuk and liaise terus dgn panel bank tersebut. Tapi memandangkan pembeli ade dlm 670 org, mmg takkkk la aku nk liaise dgn panel bank developer tu sbb aku tau feedback and respond mesti lembap. Aku taknak aku punya application ade masalah nanti.

Aku decide nak cari panel bank sendiri je dengan cara Walk In sahaja bank to bank hehe. First bank aku pergi adalah CIMB kt kajang. Pergi berdua dgn laki aku, aku cambiase dah settlekan awal2 documentation yg diperlukan sbb taknak buang masa. Pastu aku ade la pergi RHB, pegawai tu tnye "yang ni rumah selangorku ke? maaf ye puan, kami tak terima sbb nilai loan tu rendah" aku pon whattttt??? boleh ke camtu? ok tkpe sbb ni my very 1st experience kan...

Next day tu aku pergi lagi walk in bank2 yang ade di Pasar Borong Baru KL. Bank Islam, Public Bank and Maybank aku submit application. Cambiase, dorg ckp tunggu dlm masa seminggu untuk tau result. 

One day around awal jan 2018 kot, aku received call drpd Public Bank and Maybank yang loan kami tak lepas sbb komitmen tinggi. Aku dah ermmm ok takpe la camtu. Tunggu jela CIMB dgn Bank Islam. Tak lama lepas tu pegawai drpd CIMB, En Zamri call aku ckp loan kiteorg lulus !!! Ya Allah lega sgt, dia siap inform loan kiteorg include dgn lawyer fees around RM3K. Bank Islam plak sampai laaaa ni senyap je. Hawau betol...

So Zamri nk jumpa kiteorg nak explain pasal agreement semua. After dah explain, dia bg agreement 3 copy utk kiteorg sign. Ok part ni dah ok. So part DP plak. Husband aku decide nk kuarkan duit KWSP utk settlekan DP RM9k tu. Document yang diperlukan adalah S&P drpd lawyer developer and surat offer rumah tersebut. Husband aku pergi KWSP kt shah alam kot, nearby dia punya ofis la. Settle semua dalam masa 4 hari RM9k tu dah ade dalam account husband, alhamdulillah. DP ni pon kiteorg byr on 3 Feb 2018 kt office developer di Semenyih hehe...

Settle dah semua process untuk payment and loan rumah kecil kami ni. Aku tak sangka kiteorg boleh lalui process beli rumah dengan mudah sbb apa yg aku dok research nk beli rumah ni bkn lah sesuatu process yg mudah ye... Ade org makan masa berbulan nak settle kan issue loan ni semua. Yang penting, mental kena kuat. Selalu la berdoa pada yang Maha Esa untuk permudahkan urusan kita semua. Sabar pon penting tau sbb ade saja benda2 yang korang tak akan jangka akan terjadi yang pasti mengguggat kesabaran dan keimanan korg hehe....

So ini saja lah cerita aku pasal pembelian rumah pertama kami. Tunggu jela rumah tu yg dijangka akan siap pada July 2020 !! hoho 2 tahun lg beb.....

You May Also Like

19 comments

  1. Hi assalam , nak tanya boleh tak sy dapat kan number En.zamri CIMB bank tu, sebab sy pun dah ditwarkan rumah, tapi pemaju bgi pilihan bank UOB,BSN,OCBC & BANK ISLAM ,boleh ke pilih selain dr bank yg diorg dah tetapkan?

    ReplyDelete
  2. Oh yeke, CIMB bank mmg ada dlm list panel bank ke? means kan kalau kita try apply more than one bank takda masalah lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, CIMB bank ade dlm list panel bank developer sy. Apply lagi banyak, lg bagus sbb lain bank lain pengiraan dan % interest. Let say kalau loan awk lulus n offer tu lebih drpd 1 bank, awk boleh pilih mengikut term n condition yg awk rasa awk ok dan puas hati. Kena cek juga interest dia ye :)

      Delete
  3. Jadi bank lawyer fees mmg x perlu bayar la ye sbb dh termasok dlm pinjaman..so lepas sign agreement kt cimb apa proses seterusnya sis..kena bawa 1 salinan kpd developer tanda pinjaman diluluskan? Atau bgaimana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, loan dah include lawyer fees. dah sign agreement dgn bank, rasanya pihak bank akn liaise direct dgn lawyer developer. Sy pon dah tak berapa ingt huhu.

      Delete
  4. berjiran la kita.. saya g open day selangorku gak untuk d kristal haritu.. saya no 468 out of 435 unit. sipi2 je nk dpt.. xde rezeki.. last2 saya beli d camelia.. sebaris dengan d kristal tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh yeke.. yela ramai yg balek dengan hampa haritu, takde rezeki. dcamelia brp harga? and under construction lg ke atau dah siap ?

      Delete
    2. dcamelia rm262k. ade diskaun 7% bumi and rm6000 merdeka. so dlm rm237k mcm tu.. masih under construction. blh tgk update kat website ecohil.. follow update kat https://forum.lowyat.net/topic/4568302/+100. sini update untuk ecohill.. jiran sebelah (d'cassia & d'cerrum) da siap. tunggu dorang nk msuk je.. fuhh best gile....

      Delete
    3. Salam..sign SNP dgn lawyer mana ye? Boleh saya dpt kan contact no lawyer tu?

      Delete
  5. Assalamualaikum, nk tanya lepas kita submit document dkt pemaju, berapa lama kita nak tunggu utk dapat confirmation dari LPHS ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. Itu saya tak pasti pula sbb sy buat submission ni semua dalam 1 hari sbb open day kan. pihak pemaju yg buat, so LPHS and pihak bank ade on that day. Maybe awak boleh follow up dgn pemaju je.

      Delete
  6. Assalamualaikum sis, saya nak tnya.. alhamdulillah saya pun da berjaya mohon rumah selangorku d'kayangan .. sebelah d'kristal.. hehe lagi 3tahun akan dtg..

    Saya nak tanya.. saya dapat full loan + 5% insuran dari bank.. tapi legal fees bank x cover.. kami nak keluarkan KWSP.. S&P ada dekat lawyer kan.. mcm mana nk minta ye?? call je lawyer ckp nk S&P untuk nk buat pengeluaran KWSP?? mcmtu kee sis??
    dan lagi satu.. loan kami dah lepas.. dan dah sign aggreement dgn pihak bank.. kami perlu beritahu pemaju yg loan kami ddah lepas atau pihak bank yg akan beritahu pemaju ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam. first of all, tahniah jiran hehe. Mengenai KWSP tu, yup kena minta S&P dekat lawyer developer and cakap nak buat urusan pengeluaran duit drpd KWSP. Loan pula lawyer bank akan berurusan dengan lawyer developer.

      Delete
  7. Sis snp kita kene bayar x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, maksud awak bayar apa tu? stamping ke?

      Delete
  8. Hi sis! Sy pun dah ditawarkan rumah.. Cuma nak tanya.. Maklumat tanggungan tu bila Gan 1..tp maksud bilangan tu 1.anak 2.isteri.. Boleh ke adjust nnt ye? 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak pasti dalam sistem boleh kemaskini ke tak. awak boleh cuba log in sbb saya tak ditawarkan pon. sy dpt ni open open day daripada pihak developer.

      Delete
  9. Salam, sy nak tnya.. sy baru beli rumah selangorku, da sign snp dan bayar legal fee. boleh taw tak kalau nama dalam snp seorang, husband boleh keluarkan kwsp jgk x? ada kes kataboleh bawa surat nikah sja , ada yg tak lepas.. manataw awak ada pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam sis. S&P mmg ada nama suami dan nama saya. so mmg kami boleh buat pengeluaran salah seorang. kalau kes penama sorg je, sy tak pasti boleh keluarkan guna nama pasangan. boleh cuba tanya di kaunter KWSP berdekatan :)

      Delete

JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian (tak kesah la perhentian kecil ke besar) sila angkat tangan !!! Actually aku dah lama plan nak pergi ke ...