JALAN-JALAN KRABI 2018 (PART II)
Ok temen temen, seperti yang dijanjikan di part 1, jom aku share pengalaman aku berisland hoping di Phi Phi Island yang berada di Lautan Andaman... Kalau nak tau lebih lanjut pasal Kepulauan Phi Phi ni rajin-rajin la menggoogle ye...
Day 2
Pakej THB 1,100/pax yang kiteorg byr tu termasok transportation daripada hotel - Ao Nang - hotel. So dalam resit tu dia tulis travel agency tu akn pickup kami pukul. 8.30am. Pukul 6am kiteorg dah bangun solat semua pastu sambung guling-guling atas katil disebabkan masih awl lg pon kalau nk bersiap. Pkol 7.45am camtu aku suh laki aku g amek air panas kt water dispenser kt luar. Sekali laki aku terus patah balek g bilik n ckp van dah pickup kiteorg tu dah sampai. Baru pukul 7.50am kott !!!
Aku dgn laki aku ape lagi menggelaba la bersiap, nasib la dah mandi masa nk solat pagi tu. Tak sempat pon nak breakfast sobs sobs. Bila dah siap around 8.05am tu tgk kt luar van tu dah hilang haha. Maybe dia g amek org lain dulu kot. Sambil menunggu tu kami pon makan la biskut yg kiteorg beli kt 7E semalam. Jadila buat alas perot (padahal tgh lapar). Dalam pukul 8.40am van sampai utk pickup kiteorg.
Sampai je kat pantai ao nang, travel agency suruh daftar nama and amek sticker utk tampal kt baju. Aku pon taktau ape function sticker tu wakaka. Sambil2 menunggu tu kiteorg pon ape lg, bergambau lerrrrr hehehe...
Ni time tgh menunggu van kt resort. Hi sayang....hehe
Sementara menunggu pelancong yang lain sampai utk register, laki bini menyelpieee
Muka kelaparan wakaka
Dalam pkol 9.30am camtu setel semua register, kami dibawa ke speeedboat. Speedboat kiteorg naik ade 5 enjin wehhhh !!! So masa semua dah naik tu, dalam tu ade la 9 org melayu je, yang lain semua pelancong dari luar negara. First destination kami dibawa ke Bamboo Island. Dr pantai ke bamboo island makan masa dalam 35 minit mcm tu kot, ntah la aku pon tak berapa nak ingt haha. Ape yg aku ingt air sekitar pantai Bamboo Island superb cantik, crystal clear water wehhh. Masyaallah cantik sesgt. Kt sini kami diberi selama 50 minit utk mandi manda and beriadah. Kami laki bini tak terlepas main air kt sini sebab tgh jakun, air bersih kann hahaha.
Bamboo Island pernah musnah dilanda Tsunami pada tahun 2004 :(
Ini la keje kami, selpie jela manjang wakaka...
Photobomb baik punyaa yg belakang tu hahaha
Cantik kan air diaaaaaa, i is kenot move on !!!
Selfie kali yang ke 146 hahaha
Tepat 10.50am kami kena naik balek speedboat utk bergerak ke spot yang ke-2 iaitu Maya Bay. Kt Maya Bay ni kami diberi masa selama 20 minit je utk santai2, mandi - manda and bergambar. Kt sini tak sesuai sgt nk mandi sbb bnyk speedpoat park kt tepi2 tu plus ramai org and pantai dia pon tak la panjang pon, kecik je. Aku and toklaki masok ke dalam sikit utk pergi Loh Sa Ma Bay. Jalan dlm 10 minit and kami smpai kt Loh Sa Ma Bay. Cantik jgk pemandangan dia. Kt sini pon pernah musnah dilandan Tsunami pada tahun 2004 :( Kesimpulannya Maya Bay Ni bg aku biase-biase je. Jom tgk gambar....
Air kt sini keruh sikit, tak berapa nk jernih mcm kt Bamboo Island
Tsunami Route :(
Weee cantik view kt Loh Sa Ma Bay ni
Bergambar dengan papan tanda Loh Sa Ma Bay hahaha
Dah puas begambar, jalan2 kami gerak ke snorkeling spot pulak, yahooo !!! Aku ni memula excited gila nk snorkeling sbb this is my very first experience, wakaka kesian kan. So tak jauh dari Maya Bay tu, kami pon sampai. Dengan cuaca yang hujan renyai, aku and tok laki pon terus terjun haha. Masuk je dalam laut tu, aku dah gelabah sbb aku rasa gayat tgk kedalaman laut tu. Actually takde la dalam mana pon, tp bg aku dalam and aku dah start cuak and takot. Laki aku dah kehujung sinun tinggalkan aku. Aku pon ape lg berenang kt tepi boat n dok je kt situ. Sekali tour guide tu ckp kt aku "adik, here not phi phi island. Here boat. Go there swim to phi phi island" hahaha semua gelakkan aku, hawau betol. Aku panggil laki aku, utk bawak aku sekali dgn dia. Dia tarik aku ke hujung pastu dia tinggalkan aku lagi huaaaaa sumpah aku nk menangis dah time tu sbb takot. Agak jauh jgk la nk ke boat, aku berenang la jugak and terus naik boat. So, my first snorkeling experience tak best ! tu je nk ckp haha sbb aku tak enjoy pon...
Tetap senyum siap boleh buat peace walaupon tgh cuak wakaka
Laki aku org paling syok dpt buat water activities ni
Korg nampak tak aku pegang kuat2 tgn laki takot dia lepaskan aku hahaha
Ok ketepi semua, beruang nk berenang hahaha
Habis snorkeling perot aku dah berbunyik2 mintak makanan, lapar gila kot. Lunch kiteorg di Phi Phi Don, kepulauan phi phi yang ade org utk stay, tp sini hotel mahal2 la harganya. Otw nak ke phi phi don, tour guide bawak tgk Monkey Bay and Viking Cave. Kt sini just tgk2 je. Dah nama Monkey Bay kan, tentu2lah tarikan kt sini adalah monyet haha. Aku tak interested sgt pon since kt Malaysia bnyk monyet. Viking Cave plak adalah Gua Batu burung buat sarang dalam tu. Aku dah tak peduli Monkey Bay and Viking Cave ni, yang aku peduli skrg bila nak sampai Phi Phi Don sbb AKU DAH LAPAR GILA !!! yela pagi tadi sempat makan biskut je.
At last, sampai jugak phi phi don. Antara menu lunch kiteorg adalah tomyam putih ayam, fish cake goreng, curry thai ayam, sayur campur, spagheti bolognese, buah tembikai and air. Weh, time aku tgh taip menu2 lunch ni pon aku dah terliur sbb makanan dia sedap2 :( especially fish cake grg dia mkn dgn sos thai perghhh terangkat beb. tomyam and curry dia pon sedap gila please !!! Aku makan mcm dah tak ingt org dah haha siap pergi tambah fish cake 3 kali kot ! laki aku tgk je perangai aku wakaka. Sorry la aku tak sempat nak amek gmbr makanan2 tu sbb tgh focus layan kesedapan makanan2 aku haha.
Ni masa begambar di Viking Cave (viking cave belah kanan, so tak nampak haha)
Phi Phi Island Hospital terletak di Phi Phi Don
Dah sedap makan, perot pon kenyang pukul 2.05pm kami gerak ke 2nd spot utk snorkeling. Dekat area phi phi don jugak, tour guide ckp sini adalah shark point, alamak haha. Aku tak turun pon sini sebab keletihan, kekenyangan dan masih dalam ketakutan wakaka. Laki aku sorg je turun kt sini. Tapi aku rasa mcm rugi pon ade tak turun sbb sini ikan2 dia lg bnyk and friendly drpd 1st spot tu. Aku mampu amek gmbr je dari atas boat. Settle snorkeling dlm pukul 2.35pm, kami pergi melawat ke Pileh Bay and Hin Klang. Just tgk2 mcmtu and terus balek ke pantai ao nang. Sampai pantai ao nang dalam pukul 3.40pm mcmtu.
Time balek kami naik tuktuk yang besar tu utk pulang ke hotel. Sampai hotel kami decide nak kuar terus g beli dinner tapau bawak balek hotel sbb hari dah gelap mcm nk hujan lebat. Pecut laju2 pergi beli nasi grg kt gerai2 moto tepi jalan kt ao nang. Harga makanan kt gerai2 moto ni lebih murah nak dibandingkan dengan harga makanan kt Restoran. Aku tapau nasi grg chili and banana nutella pancake, laki aku tapau nasi grg sotong and hotdog. Balek hotel terus melantak lagiiii tp tak habis pon sbb still kenyang lagi.
Mandi and rileks. Tepat pkol 6 ptg dah start hujan lebat. Kiteorg baru cadang nak jalan2 kt area pantai Ao Nang tu naik motor sewa, so berharap pkol 8 hujan stop la. Rupa2nya hujan makin lebat sepanjang malam tu, adoiiii. Mmg terbantut la plan kiteorg. Sudahnya pukul 10 laki bini dah start berdengkur wakaka. Ape pon tak boleh, puiiikkk !
Total duit hangus utk Day 2 :
Dinner : THB 115 utk 2 org hehe
Next entry aku story Day 3 kiteorg kt Krabi plak k. Kasi aku rehat dulu wakaka. bye !
0 comments