JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020
Actually aku dah lama plan nak pergi ke Pulau Perhentian sebab tak pernah sekali pon aku jejakkan kaki ke sana, so sad. So plan punya plan kiteorg decide nak pergi pada 13hb Ogos 2020 - 15hb Ogos 2020. Itu pon setelah ambil kira kelapangan masa masing2.
Pada awal perancangan hanya aku 1 family tiga org + mamat & rahmah. Then rahmah inform kawan dorg satu family nk join kiteorg, aku on je !!!! Memandangkan masing2 tak pernah pergi ke Pulau Perhentian, maka pencarian travel agent bermula. Setelah tolak tambah berkira2 semua aku decide amek pakej dengan @pulauperhentian.my one of the trusted agent of @twinbrotherventure. dalam byk2 pakej yg aku survey, pakej drpd twin borther ni je yg bertepatan dgn bajet kiteorg and aku rasa yg termurah. Korang boleh usha kt instagram dorg utk survey harga pakej up-to-date...
Perhatian !!! semasa korg survey, pastikan setiap pakej yg ditawarkan tu resort dia supply 24Hour Electricity sebab ada sesetengah resort hanya supply 12Hour Electricity (7pm-7am) atas sebab nak bagi generator set 'berehat'. Jadi, sebelum buat booking payment, tanya la electric supply dia mcm mana, dekat dgn jetty tak resort tu, kemudahan utk makan ok tak, lagi2 kalau korg dtg dalam big group and ade kanak-kanak...
Utk pakej di Perhentian Besar, kiteorg decide amek pakej Coral View Island Resort harga bermula drpd RM275 (fan room). Kiteorg punya pakej Deluxe Hill View RM355/pax. Booking payment RM100/pax, so balance boleh selesaikan seminggu sebelum tarikh check in.
Pakej Kami RM355/pax termasuk:
- Boat transfer Kuala Besut Jetty - Pulau - Kuala Besut Jetty (2 ways)
- Boat transfer Kuala Besut Jetty - Pulau - Kuala Besut Jetty (2 ways)
- Resort 24 hour electric supply
- Snorkeling trip + full equipment
- Snorkeling guide
- Free meals (1x lunch on second day)
- Free exclusive T-shirt
- Special exclusive kayaking (transparent kayaks)
- Banana Boat Ride
Amacam ?! berbaloi-baloi tak pakej drpd @twinbrotherventure ni ?
Aku ade gak try tnye dgn agent ni pasal fullboard pakej, senang takyah nak cari2 makan. unfortunately, dorg takde fullboard pakej. takpela, nanti kiteorg pandai-pandai la cari makan sendiri.
Perjalanan daripada KL ke Jetty Kuala Besut ~
Aku satu family tumpang kereta rahmah n mamat atas faktor nk berjimat walaupon aku tak beberapa gemar menumpang kereta org ni, tapi follow jela. Bertolak drpd tol Gombak Pkol 11.10pm ikot Lebuhraya Pantai Timur (LPT). disebabkan perjalanan kami lewat malam, so setiap perhentian R&R kami stop utk recharge energy haha..
Sampai ke Kuala Besut lebih kurang pkul 6am, so total perjalanan KL-K.Besut mengambil masa dlm 7jam. Kebetulan rahmah ade kawan di K.Besut, Kak Da namanya, kami semua tumpang solat dirumah kak da smentara nak tunggu hari cerah.
Sampai ke Kuala Besut lebih kurang pkul 6am, so total perjalanan KL-K.Besut mengambil masa dlm 7jam. Kebetulan rahmah ade kawan di K.Besut, Kak Da namanya, kami semua tumpang solat dirumah kak da smentara nak tunggu hari cerah.
Pkol 8am kami minta izin teruskan perjalanan dgn mencari sarapan pagi memandangkan waktu perlepasan kami ke pulau adalah pada pkol 10am. Rahmah cadangkan sarapan di kedai Pok Nasir Ikan Bakar. Kedai ni betol2 sebelah dengan Masjid Ibnu Abbas, Pengkalan Nyereh Besut. Korg waze je confirm sampai ! Style org pantai timur time breakfast dorg makan nasi ye kawan2, so jangan la nk terkejut berok sgt. kalau rasa tkleh go, boleh je cari gerai roti canai, ade je aku tengok haritu kt tepi2 jalan...
Gambar Ihsan Google
Bagi aku ok je sebab aku ni mmg jenis amek breakfast yg berat2 wakaka. Aku n laki aku order nasi putih dan ayam bakar. set ni didatangkan dengan sambal belacan, timun dan kuah gulai. Makan panas2 mmg mantopp !!! siap tapau lagi ye nak makan kt pulau nanti hehehe...
Habis makan sementara tgh awal lagi ni, kami singgah ke Pantai Keluang, Besut. Saja nak amek angin pagi kt tepi pantai. Dhani dah nampak pantai mmg berlari la dia dan terus mencelopkkan badannya ke dalam air. Habis basah !!! lantak ler, ibu babah layankan ajeee...
Dari jauh dah tersengih tersipu malu nampak air laut....
Seronok betol ye dhani...
Dalam 30 minit kt sini, kitaorg teruskan perjalanan ke Jetty. Daripada pantai keluang nk ke jetty amek masa dalam 10 minit mcm tu je. Suasana kt Jetty masa tu agak ramai org, as expected sbb skrg kan musim covid19. Jadi kawasan pelancongan negara mmg jadi tumpuan orang tempatan la kan. Kitaorg mmg amek langkah SOP ye, agent pon dah siap2 whtspp supaya pakai mask !
Mamat dan CD drop kami semua kt jetty sementara tu dorg g parking kereta dengan org dibawah agent kami jugak.
Parking Fee dan Marine Park Fee
- Parking kereta kt sini mmg rate dia sama je. RM10/day. pastu takyah risau kebanyakannya mmg dah ade org jaga kt kawasan parking tu tp still your own responsibility ok !!!
- Marine Park - RM5/adult & RM2/infant. Parking dgn Marine Park fee ni exclude dlm pakej. Korang standby la siap2 duit ni masa nak park kereta dan nak entrance jetty.
Cash/Tunai
Kalau dah amek fulloboard pakej aku rasa korg dh takyah risau nak standby cash kt tangan. Cenderahati pon bukannya ade jual kt pulau. Jadi yg amek pakej mcm aku, better kau withdraw duit secukupnya sesiap kt darat sbb kt pulau nan hadoo ATM... Kang tak memasal kena tangkap ikan kt laut pastu masak sendiri... kk gurau hahaha...
Perjalanan Jetty K.Besut - Pulau Perhentian Besar
Perjalanan dari Jetty ke Pulau mengambil masa lebih kurang 35 minit (bergantung kepada keadaan cuaca laut). 35 minit ni kalau cuaca ok tau !!! selalunya kalau tak ok boatman akan minta delay sehinggalah keadaan laut memuaskan sbb taknak la amek risk kan...
Actually drpd Pantai Keluang kau dah boleh nampak Pulau Perhentian nun seberang di sana. Nampak mcm dekat tapi sebenarnya agak jauh juga.
Cuaca ok, alhamdulillah...
Memandangkan Dhani 1st time naik speed boat, dia sgt la ketakutan dan paksa diri dia utk tidur ! hahaha
Setelah 35 minit perjalanan menghempas ombak manja cewahh haha, kami selamat sampai ke pulau yeahhaa !!! Kami diturunkan di Jetty dihadapan The Barat Perhentian Resort, kena menapak sikit dalam 5 minit ke Coral View Islan Resort, tempat penginapan kami utk 2 malam ni....
Masa sampai di reception lebih kurang dlm 12.30pm, jadi kena tunggu di ruang cafe sementara bilik ready. Sesambil tunggu kami dihidangkan dgn welcome drink fuhh lega tekak dan bagi Tupai makan kekacang haha. Wehhh tupai2 kt sini sgt jinak dan tak tkot kt org langsung...
Masalahnya tupai2 kt sini bg roti dia takmau, nk kacang gak baru layan....
Sekitar kawasan dan pemadangan dari Coral View Island Resort
Pkol 1.30pm 3 bilik dah siap, kami pon dah belengas dan tak sabar nk mandi nak nap. Penat kerja semalam pon belom habis. dah charge energy baru seronok nk mandi manda kt tepi pantai petang nanti. Kami semua dapat bilik Deluxe Hill View (1 Queen + 1 Single bed), bathroom, ade ruang makan, ada sofa bed, kittle, small wardrobe. Lebih kurang mcm gambar kt bawah ni bilik kitaorg, aku lupa pulak nak tangkap gmbr. Aku dan laki sgt berpuas hati, selesa utk kami 3 beranak. Cuma laluan nak ke bilik tu aduhai semput dibuatnya.
Gambar Ihsan Google
Petang tu kiteorg semua bangun nap pukul 5pm, punyalah penat. Dah bangun tu makan pulak bekalan Nasi Ikan Bakar Pok Nasir yg kiteorg tapau tu. Siap2 tukar baju mandi pukul 5.30pm kiteorg turun mandi pantai dan snorkelling. Tapi kiteorg tak pergi kt depan Coral View, kiteorg g dekat depan Perhentian Island Resort. Sebelah menyebelah je, kena jalan sikit dlm 5 minit mcm tu.
Ibu beli life jacket tu kt DIY RM12, tp dhani mmg taknak pakai pon. Geram betol !!!
Kitorg mandi manda kt sini sampai pukul 7pm, lepas tu naik bilik mandi solat siap2 nak g dinner pulak. Kiteorg decide nak dinner kt cafe resort tu je sbb Pulau Perhentian Besar ni mmg malam mati !!! mmg sesuai utk org yg nk chill2, tenang... Aku makan Nasi Goreng Cendawan (RM16), Laki aku makan Nasi Goreng Thai (RM12), pastu add on lagi lauk sambal ayam (RM19) dan air Teo Ais Limau (RM5). Rasa dia ok je, kalau kau dah lapar kan ape pon kau telan hahaha.... Habis makan2 amek angin depan resort tu, fuh damai betol rasa, Angin pulak kuat sebab sblom tu hujan. Pkol 9.30pm naik bilik lepas tu terus krohhhh tak ingt ape dah... So ini jelah cerita hari pertama kami kt K.Besut dan P.Perhentian Besar.
Aku sambung Day 2 punya cerita kt entry lain tau. Kat bawah ni aku list kan total duit hangus utk Day 1 :
- Pakej 3D2N (Deluxe Hill View for 2 pax) - RM710.00
- Pakej 3D2N (Deluxe Hill View for 2 pax) - RM710.00
- Minyak kereta dan tol - RM100.00
- Breakfast Pok Nasir Ikan Bakar - RM27.00
- Marine Park Ticket (2 adult + 1 infant) - RM12.00
- Parking Fee (3 days) - RM15.00
- Marine Park Ticket (2 adult + 1 infant) - RM12.00
- Parking Fee (3 days) - RM15.00
- Dinner - RM52.00
Total = RM916.00
Total = RM916.00
0 comments