Powered by Blogger.

FAMILY PLANNING !!!

by - July 15, 2020



Wehhh readers sekalian, ini adalah entri ILMU !!! berlapang dada dan jom kita sama-sama pahamkan... bukan untuk para isteri saja ye, malah para suami pon digalakkan untuk memahami FAMILY PLANNING METHOD (capital letter tew huhu).


Aku boleh bet sebenarnya ramai je yang masih tak paham method2 yang ada utk kita merancang keluarga ni. Malah, aku sendiri dulu pon blur-blur pasal benda ni. 

Aku ingat lagi selesai je sesi menjahit selepas bersalin, doktor yg sambut ank aku tu terus tanya kt aku "Ok puan, selepas ni puan nak gunakan kaedah merancang keluarga yang mana?" DASSS !!! terpinga2 aku bila dengar soalan ni SEBAB sebelum ni aku tak pernah terpikir pon kaedah yang aku nk guna untuk merancang keluarga selepas je bersalin ank pertama ni.

Doktor menggalakkan setiap wanita untuk mengandung semula 2 tahun selepas bersalin ye. Tapi kalau dah rezeki nk buat mcm mana kan... 2 tahun tu sebab itu adalah tempoh untuk setiap ibu bersalin utk recover semula emosi, fizikal & mental. Yela kan, ingt senang ke nak jaga new born babies. Dengan badan masih lemah. Dalam tempoh ni juga la kita nak bagi perhatian penuh dkt baby kita tu termasuk breastfeeding jika ada rezeki.

So berbalik kepada kaedah merancang keluarga... Sebelum aku kawin yang paling famous aku pernah dengar adalah kaedah Pil Perancang dan Kondom. Selebihnya aku tak berminat nak tau, yelah masih nubis dan tak kawin lagi haha.

Lepas je doktor tanya aku tu, terus aku jawab "errr pil kot (perlahan je kot tu)" haha. Pastu, checkup baby sebulan kt KK, nurse pulak tanya aku nak guna kaedah yang mana. Dan di sinilah aku dapat tahu kaedah2 yang ada. Nurse tu sendiri yang terangkan kt ibu nubis mcm aku ni. 

Kat bawah ni aku letak gambar kaedah merancang keluarga yang disarankan...

Contraception
Gambar Ihsan Google

Untuk makluman hengkorang semua, kaedah-kaedah seperti diatas bukan semuanya 100% melindungi/menghalang seseorang wanita itu daripada hamil ye. Kalau kita tengok dekat gambar semua ade kadar peratusan dia tersendiri.

Lepas je aku ckp dekat nurse KK nak pil, actually aku dalam keadaan bertimbang tara lagi nk ambil/guna kaedah yg mana satu. Setiap satu mempunyai kesan tindakbalas ke atas setiap individu. Contohnya, ada yang amek pil tapi badan bagai dipam pam (selera makan bertambah). Cucuk depo pulak, ada yang bleeding sehingga 2 bulan lamanya !!!

Aku baca dan mencari pengalaman2 blogger yang berkongsi kisah mereka utk family planning ni, semuanya ada Pro & Cons... Akhirnya, setelah berbincang dengan suami aku, aku decide nak amek cucuk depo. Aku diberitahu kalau nak cucuk depo ni kena ambil masa hari ke 3 period. Pastu asal hari ke 3 period je weekend, public holiday. Sudahnya, sampai skrg aku tak cucuk depo pon.

Jadi, aku dan suami bincang betul-betul pasal family planning ni dan decide kiteorg nak merancang sendiri je ! Betul, kalau ckp pasal rancang sendiri ni ramai je yang tak setuju lagi2 warga kerja klinik hahaha. Kadar peratusan untuk kau hamil adalah 200% tinggi hahaha.

Well, sebab tu aku ckp bab merancang sendiri ni kau sendiri kena sit and discuss bersama pasangan. Toleransi dan kerjasama dalam hal ini sgt mustahak! Suami kena main peranan, ambil tahu tarikh datang bulan isteri supaya kita boleh estimate waktu subur isteri. (waktu subur tu apa? korg google sendiri k). Paling selamat nak tahu si isteri tengah subur ke tak, boleh guna Ovulation Predictor Kit (OPK) yang dijual difarmasi2. Cara-cara penggunaan OPK ni pon korang boleh Google. 

Kesimpulannya, korg sendiri tahu tahap kesedaran dan kerjasama korg dengan pasangan. Daripada situ sis2 semua boleh decide untuk ambil perancang mana yg bersesuaian. Bagi yang ada masalah datang bulan , aku sarankan BETTER ambillah kaedah merancang keluarga.

Sekarang pon ank sulung aku Dhani dah 1y7m, dan kami belum bersedia untuk tambah ahli keluarga yang baru sehingga Dhani genap 2 tahun. Apapon, kita hanya merancang tapi Allah swt yang Maha Berkuasa menentukan.

You May Also Like

0 comments

JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian (tak kesah la perhentian kecil ke besar) sila angkat tangan !!! Actually aku dah lama plan nak pergi ke ...