Powered by Blogger.

JALAN-JALAN MELAKA 2019

by - July 31, 2019

Assalamualaikum 💗

Eeeee tak sabarnya ibu nak share trip ke Melaka 3 beranak yg hmmm hambar hahaha... Apesal hambar ? Babah la, hari sebelum gerak ke melaka dia kena Gastrik Attack, mmg lemau betol nampak...


Pastu masa otw ke melaka sabtu (27/7/19) babah nampak ok sikit, tp still menahan sakit perot, alooo tian babah tu... Kami gerak dlm pkol 9.30am pastu singgah kajang jumpe family in law siap lunch sekali kau haha dah jimat kos lunch kan 😂 pastu dari kajang gerak pkol 12.00pm smpai melaka dlm pkol 2.30pm. Kau tau jela jalan kt melaka lagi2 time musim cuti, padat wehhh...

Aku dah siap book Faithview Hotel & Suites (Apartment 1 bilik) di agoda.com seminggu sebelum check in dengan harga promo RM154.00 satu malam. Campur services tax segala bagai hangus RM180.00/night. Bagi aku recommended sgt hotel tu sbb selesa, parking senang, breakfast dia sedap gila hokeyyyy !!! and pool dia bersih. Pada mulanya aku book Amverton Heritage Resort sbb aim aku adalah nak bg dhani fun fun main kids pool kt situ, sekali 22hb Julai 19 aku received email dr hotel tu dorg ckp kids pool under renovation smpai 27hb. Ehh mmg tak laaa, aku terus cancel book. Tu yg decide book Faithview ni. Choiii betol !

Check in pkol 2.30pm, kena buh deposit RM100 ye (refundable). Naik terus rehat2 kan badan memandangkan babah pon nampak tak berapa nak sihat bdn dia. Sekali tiga2 tertidur smpai pkol 4.30pm haha apepon tak boleh 3 ketol ni. Lepas tu terus susukan dhani jap, then siap2 kan dia utk mandi kt pool yeahhh...

Babah dgn tak sihat tu nampak mcm sihat je bila ibu ckp jom g swim haha. Sampai je pool tgk manusia dah ramai memenuhi ruang kolam itu yeee... Memula ibu letak dhani kt kids pool, masalahnya bebudak lain yg mandi kt situ dok buat back flip, kuak lentang, lompat katak segala bagai.. tak ke merecik air tu ke muka dhani hahaha. dah si dhani tu terkulat-kulat kena percikan air. Terus ibu amek dia masok dlm adult pool, barulah tenang sikit dhani hehe...


Dhani masih dalam mood mamai hahaha

Dhani pee pee kt dlm air pool ke tu ?!

Eksyen sehh muka dhani, baru berendam dlm kolam 2minit haha

My babies :)

Ok setelah 20 minit jadi badak berendam, kiteorg decide naik atas untuk bersihkan diri. Tak boleh lama2 kt pool sbb air dia sejuk gila, babah dah la tak sihat, pastu baby plak tak elok kan berendam lama sgt dlm pool. Lepas mandi semua susukan dhani terus dia tidur, letih la tu melayan babah dia. Eh ?! hahaha... Pkol 6.30pm settle jamak, kiteorg dah kuar g cari dinner, lapar teruk ibu dibuatnya... babah dan tentu2 takde selera nak makan kan, hehe...

Babah tanye nak mkn apa ? Jgn ckp nak mkn McD, 200kilo dr KL ke Melaka last2 diajaknya mkn McD mmg bawak g makan kt Kajang je hahaha... So ibu ckp jom la kita makan asam podeh melaka... Babah pon bawak la ke Matahari Corner, dekat Pasar Borong Melaka, Batu Berendam... Pkol 7pm dah ramai org ye, so expectation aku kalau ramai mesti sedap ni. Babah order Asam Pedas Tetel dgn roti canai 2 keping, ibu pulak order Asam Pedas Ikan Pari dgn nasi. Roti canai cicah dgn asam pedas mmg terbaik sbb ibu 1st try eh hehe... Yg lain bagi aku moderate je rasa dia, sama mcm kt tempat lain gak dia punya rasa... Itu bagi aku la. Total RM24.00 termasok air milo ais bungkus.



Perot dah kenyang ingt nak la ajak babah g kt bandar hilir melaka, saja nak bawak dhani boy jalan2. Tapi babah masih lemau dan tak larat berjalan. Sebab tu dr awl aku dah mention trip ke melaka yg hmmm hambar haha.. Pastu sampai hotel2 masing2 membuta pukul 10.00pm, puikk !!!


Esoknya pkol 7.30am turun bawah utk breakfast, masa yg dinanti2kan oleh ibu sbb ibu dah lama ngidam nak breakfast kt hotel haha... Tugas babah jaga dhani, biar ibu dpt melantak pueh-pueh, rasakan!!! Babah peratiiii je perangai ibu amek segala mcm makanan. Makanan dia ibu bagi SEPULUH BINTANG !!! sedappp sgt ! puas hati la senang cerita. amek bnyk2 tu pon boleh habis, kau bayangkan haha...


Lepas checkout terus decide nak g pantai klebang sebab bff laki aku ade kt melaka, siapa lagi kalau bukan si mamat dan isterinya Rahmah... engkorang ni kt melaka pon nak jumpe kan, mcm tkleh jumpe kt KL haha... Paling tak disangka sekali si dhani la, dia chill je amek angin pantai klebang tu, behave sgt... 


"Best la angin kt pantai klebang ni buu, nyaman sikk"

After dah makan2, amek angin tepat pkol 2.00pm kiteorg gerak balek ke Rantau rumah mertua den memandangkan hari isnin kiteorg amek cuti dan selasa cuti peristiwa hari pertabalan agong yang ke-16. Pastu dah dok sehari kt umah mertua aku, aku pulak kena demam siap pakej muntah n diarrhea. Esoknya nak balek dhani boy plak kena jangkit dgn ibu. Sudahnya rabu ibu mc. Bawa diri yg tak sehat tu sekali dgn dhani boy ke klinik. Alhamdulillah mkn ubat terus rasa ok. Ibu sakit takpe, tp bila ank sakit aduiii susah hati dibuatnya... Both ibu n dhani dah beransur pulih, syukurrr.


So itujelah cerita yg tak seberapa drpd ibu utk percutian ke Melaka kalini hahaha... Next nak g mana lak dhani, cepat bgtu ibu. Biar ibu bodek babah hahahaha.....



Cap babah dan dhani hehe...


Dhani nak terkam si Bingo in real life hehe. Dhani kan pencinta haiwan :)


Dia kalau selfie dgn ibu, genyih bikin org geghammm !!!

You May Also Like

0 comments

JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian (tak kesah la perhentian kecil ke besar) sila angkat tangan !!! Actually aku dah lama plan nak pergi ke ...