Powered by Blogger.

CIK SHIRA TO PUAN SHIRA

by - March 22, 2018

Hai semuaaaaaaa.... harini aku terlebih rajin nak buat entri saat aku diijab kabulkan dengan Mr AA (bukan Azwan Ali) hahaha.... Alhamdulillah pada tanggal 18hb November 2017 lebih kurang dalam jam 11.20am aku selamat menjadi isteri kepada Amir Arifuddin bin Ishak dengan sekali lafaz (syabas beteeiiii)...

Alhamdulillah perkenalan kami yang agak singkat bagi aku diakhiri dengan sebuah ikatan suci gittewww. Aku taknak cerita la mcm mana aku berkenalan dengan suami aku, org-org yang terdekat je iaitu kami laki bini punya BFF menjadi saksi pertemuan pertama kami hehe. Dah la secara kebetulan, mmg tak dirancang, jumpe plak kt Bukit Broga wakaka. Dalam banyak2 tempat, Bukit Broga jugak hengkorang laki bini nak jumpe yee...

Ok, entri ni aku khaskan progress aku buat persiapan kawin aku selama 6 bulan je start drpd kami bertunang pada 13hb Mei 2017. Kelam kabut tak ?! Budget macam mana?! hee ok aku cerita on by one ye. Fyi, aku ni jenis particular means aku nak tau setiap sen aku kuarkan duit tu utk beli apa. Maka, aku buat satu budget listing daripada catering, door gift, baju kawin, kad kawin, makeup semua la! Dari situ baru kau tau budget kau dengan actual cost kau.


1) Catering 

Benda pertama aku survey adalah catering ! Wehhh catering ni korang kena book atleast setahun sebelum majlis. Sekarang ni mmg banyak gila catering/wedding planner main harga kaw2 murah. Korang kena pandai survey. Mcm kes aku, aku dah lama usha satu catering ni iaitu Permata Saadah Catering and my second choice is Sutera Catering.

One day aku ajak mak and ayah aku pergi foodtesting kt dua2 catering ni since HQ catering ni located at Sg Buloh so sekali pergi je. First aku pergi Sutera Catering. Menu dia Nasi Beriani, Kari Kambing, Sambal Ayam and Dalca Sayur. Bagi aku rasa nasi dia rasa rempah terlampau kuat sgt, so tak kena dgn tekak aku. Sambal ayam dia pon tak menarik. Tp staff2 dia entertain pelanggan sgt friendly :)

Then kami pergi ke Permata Saadah Catering plak. Sampai2 tgk dah ramai org tgh buat food testing. Kami duduk and dalam 10 minit camtu kami dihidangkan dgn Nasi Minyak, Sambal Ayam and Daging Masak Hitam. Ya Allah, serious sedap gila lauk dia. Bayangkanlah baru rasa nasi dia je pon dah sedap, ape tah lagi lauk2 dia. Terus aku ckp dgn mak ayah aku proceed je booking dengan PSC ni. Kami setuju amek Pakej Canopy RM 8,300.00 / 1000pax. Kalau nak tau ape yang dorg bg dalam pakej ni, korg boleh pergi dekat link sebelah ni ok http://permatasaadahcatering.com/pakej-katering/canopy/ *Highly recommended !!!


Tema Hijau. Dari jauh mesti org ingt PAS ade buat makan2 wakaka


2) Baju Nikah a.k.a Baju Sanding

Korang kena tau aku ni mengamalkan konsep berjimat cermat tapi tak bermaksud aku ni haji bakhil wakaka. Dari awal lg aku dah inform kt parents aku yg aku nk buat majlis nikah and sanding dalam masa satu hari. Alasannya adalah aku nak jimat baju, makanan n masa !!! Memula cadangan aku ditentang hebat oleh mak and makcik2 aku. Tp kau tau jela aku, jenis keras kepala dan akhirnya dorg terpaksa ikot jugak cadangan aku kekeke. Sorry ye semua....

So baju nikah a.k.a sanding ni aku tempah dengan Amnibridetobe (boleh search kt ig @amnibridetobe). Butik dia terletak di Ampang, bangunan bersebelahan dengan Galaxy Ampang. Since aku buat majlis ni di masjid, maka baju aku pon kena la sopan and selesa untuk dipakai. Harga yang ditawarkan RM580.00 include materials, upah jahit and patch manik. Nasib la slot bulan Nov 17 masih boleh diselitkan lg sbb butik ni beratur org tempah dgn dia. Baju laki aku plak takyah risau sbb sepupu dia ade hadiahkan dia baju melayu masa kiteorg tunang ritu, tinggal nk alter sikit sbb baju tu besau hehe. *Thanks my bff Ayu sebab teman aku hehe...

Baju belah laki pon aku beli kt KM Plaza, Seremban. Long Dress berharga RM200.00 and baju melayu laki aku RM90.00 (tempah). Actually dress aku tu ade size 40, disebabkan aku pakai size 38, maka aku mintak akk tu alter kasi kecikkan sikit.


Baju Persalinan Majlis Perempuan

Baju Persalinan Majlis Lelaki


3) Lokasi Majlis

Part ni mmg aku dalam kebuntuan sbb mula2 nk buat kt rumah je, tp memandangkan kawasan umh aku sempit nak park pon susah so parents aku ajak g survey dewan. Aku pon setuju la at the same time aku pikir ade lg ke slot kosong utk bln 11 ni since tinggal lagi 5 bulan je lg. Normally org nk book dewan kena setahun sebelum ye kengkawan!!! Aku pon survey la dewan kt taman muda, sri siantan, Dewan Beringin Gombak semua penuh !!! Last2 aku ckp dgn mak aku, kita buat kt masjid jela, lepas nikah terus berarak g dewan masjid tu. Alhamdulillah, mak ayah aku setuju dgn cadangan bernas aku tu wakaka.

Mak aku g jumpe AJK Masjid n sekolah agama tu utk tanya date and date yg kiteorg nak tu masih kosong, yeayyy syukrannn !!! Bayar deposit and ustaz tu terus lock date utk aku. Settle masalah lokasi majlis hehe... Sewa dewan + tapak luar dewan include utilities fees RM900.00.


4) Photographer

Aku ade survey banyak gak tp semua bg harga luar drpd kemampuan aku, kan aku dah ckp aku ni pengamal jimat cermat wakaka. Kau nak cantik tp nk murah ?! mmg takkkk laaaaa hahaha. So aku gigih lagi mencari dan cari kt ig sekali aku bertemu 'jodoh' dengan @thebridetribe

Tanpa membuang masa, aku terus whatsapp dia utk mintak quotation. Tips utk memudahkan urusan 2 pihak, korg kena la bagi full details terus mcm ni "Salam, sy sakonah nk kawen pada 32 Dec 17 bertempat di Jalan P Ramlee. boleh bg quotation?" haaaa maka senang la org tu nk cek date available ke tak and laju je dia bg jawapan. Ini tak, tanya satu, bila org tu jawab lambat and sepatah je jawab dah kata org tu tak friendly. Ehh panjang lak aku membebel wakaka.

Alhamdulillah, founder @thebridetribe iaitu haziq kata slot date aku tu still kosong. So aku mintak dia quote aku utk Nikah + Sanding + Bertandang. Senang amek dgn dia sekali dgn majlis pihak laki. So dia quote aku dengan best price utk tiga majlis tersebut dengan harga = RM 1,680.00 include transportation charge ke Rantau Eco Park (majlis belah laki),  Album (Bride+Groom), Frame gambar (size tak ingt tp besau) and Pendrive (soft copy pic) :) gambar2 yg di snap siap editing oleh Haziq sgt la lawaaa ok!  Sis puas hati !!!! *Highly recommended !!!!


Kau tgk gambar laki bini, cantik ke hidok??? cantik kannnn?!!! ni semua hasil kerja Haziq :)


5) Kad Kawin

Aku and laki aku tempah dengan kadku.pro Disebabkan catering aku utk 1000 pax, maka aku tempah 300pcs kad dengan harga RM120.00 include postage and sampul kad, murah kansss ching!!! hehe. Yang lain2 tu aku jemput melalui Facebook and Whatsapp sajo. Eh ni zaman IT laaa, bukan zaman tokkadok. Segala2nya dihujung jari je. Untuk bunting, banner and arrow ditaja oleh by BFF, Dian Rohani binti Rabu. Hehe thanks yan, jasamu dikenang...


6) Door Gifts

Yang ni pon aku dah lama pikir nak bagi something yang berupa makanan n tak membazir ! Sebab melalui pengalaman aku, pergi majlis2 kahwin ade yg bg mcm mangkuk, sudu ape semua tu sgtlah membazir. Benda tu akan jadi pekasam je kt umah nanti, percayala ckp aku. So aku decide nak bagi cookies (choc chip) diisi dalam Zip Bag kedap udara tu (ade window).

Lepas aku beli zip bag tu, aku tgk macam kosong je kan. Nak tempah sticker mcm dah tak sempat plus mahal (org kedekut punya statement), so aku tempah custom made chop stamping utk dicop2kan di setiap zip bag tu hehe. Nampak la cantik sikit kan...


Total cost utk door gifts :

Zip Bag (1000pcs) - RM 320.00 (beli dekat kawan husband aku)
Choc Chp (8 tong) - RM 384.00 (ditaja oleh makcik and akk aku, tqqqqq) beli dekat NSK Selayang.
Chop Stamping - RM 14.00 (buat dekat stationary Bandar Baru Selayang)

Total = RM 718.00



Door Gift :)


7) Pelamin

Aku amek service pelamin dengan Kak Za, owner kepada @minipelamin_bajet. Utk area klang valley mmg dia cover, so org2 KL yang nak kawen boleh dah usha2 ig ni hehe. Harga pelamin RM 550.00 inlcude transportation charge. Kak Za ni mmg bagus, dia sgt menepati masa hehe. Thumbs up to team @minipelamin_bajet ! Highly recommended !!! 




My Pelamin yg sangat cantikkkk 



8) Makeup

Ramai yang suruh aku makeup sendiri since aku pon ade makeup2 kan org ni, cuma biase2 jela (kena la dgn bayaran wakaka). Tp aku pikir2 balek, yg membuatkan pengantin tu naik seri adalah makeup! Setuju tak?! Baju cantik makeup tak lawa pon tak guna gak beb! Bab makeup ni mmg aku cerewet sikit sebab aku nak org yg makeupkan aku tu adalah seorang perempuan and harga mestilah under budget kikiki. So setelah puas mencari kt ig, aku terjumpa ig @makeupbydilazainal . Makeup dia cantik tp takde slot kosong utk date aku. So,  dia recommend kan @makeupbyqasehanna . 

Aku pon terus whtsapp kak na and mintak quotation. Alhamdulillah date aku masih available and aku terus laju2 bayar deposit kt dia hiksss. Makeup kak na superb cantik !!! org selayang plak tu, eh mmg org selayang ni berbakat ke?! wakaka. Harga makeup RM650.00.



Mmg i request dgn Kak Na utk makeup simple2 je hehe vasss sgt !!!! 



9) Henna

Aku rasa family members aku dilahirkan dgn bakat2 yg tersendiri sbb utk henna aku hired adik saudara aku utk menconteng tgn aku wakaka. Dia buat freelance henna service area Negeri Sembilan, sila rujuk @yjhennaartist utk tgk dia punya art kt tgn2 pengantin hehe. Alhamdulillah, thanks yun sponsor henna utk aku sbb mase dia kawen bln 10 ritu aku sponsor dia makeup FOC wakaka. Kira ni sistem barter la kottt...



Thanks Yun for the nice arts on my hand :)


10) Accessories 

Accessories utk apa ?! haa mesti korg tertanya2kan. Actually accessories ni mcm crown, set tanjak, payung, veil, kasut semua laaa. Set tanjak semua tu akk aku sewa dengan satu butik pengantin kt Laksamana. Harga full accessories exclude kasut RM120.00 . Belah lelaki pon aku sewa full accessories exclude kasut dengan butik yg sama ni dengan harga RM170.00. Mahal sebab aku ade sewa dengan dia kain backdrop utk meja makan beradap hehe..

Jadi, ini jela main cost aku selalu highlight kan dalam budget kira-kira Walimatul Urus Shira & Amir (utk belah perempuan saja ye). Cost ni belum masuk lagi cost beli brg yg kecik2 tu (bunga telur, bunga manggar, brg2 hantaran and etc). So total korg campur la sendiri, aku malas nk kira dah nanti pening pale aku wakaka.

Walaupon majlis sederhana, tapi tetap meriah dengan kehadiran oleh saudara-mara dekat and jauh dr Melaka and Perak, kawan2 yg dekat and jauh drpd Johor especially. Aku rasa enjoy sgt sbb dpt jumpe semua yg kita jarang2 boleh dpt jumpa.

Big thanks to my family, ayah, mak, abg2, akak, and adik2 aku yang bnyk sgt2 tlg aku, kerah tenaga utk pastikan majlis berjalan lancar. *sebak Makcik2 and saudara-mara belah mak aku pon bnyk sgt tlg aku. Huaaa touching sgt, thank u so much guyss. U know who u are.

Semoga ikatan ini diberkati oleh Allah SWT dan dikurniakan zuriat yang comel2, sihat2, soleh dan solehah. Insyaallah...









You May Also Like

0 comments

JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian (tak kesah la perhentian kecil ke besar) sila angkat tangan !!! Actually aku dah lama plan nak pergi ke ...