Powered by Blogger.

JALAN-JALAN KRABI 2018 (PART III)

by - March 20, 2018

Assalamualaikum warga marhain haha... meh aku sambung story Day 3 kami laki bini di Krabi..


Day 3

Masa 1st day lagi aku dah beli pakej Kayaking dengan soofa utk aktiviti kiteorg di Krabi ni. Mase aku research, ramai yg pergi bluepool. Since tempat tu jauh and fees pakej dia agak mahal, so aku tak berapa nk interested sgt. Maybe next time hehe...

Pakej kami beli tu include transportation drpd Hotel - Ao Thalane - Hotel. Mengikut dalam schedule yang diberikan, dia akn pickup kami pukul 8.30am. Pukul 8.15 kami dah terpacak kt luar menunggu sbb takot jadi mcm smlm hahaha. Tunggu punya tunggu pukul 9.20am mcm tu baru dia smpai. Dalam tuktuk tu pon hampir penuh dgn tourist yg lain and kami laki bini org last dia pickup. Maka, bermulalah perjalanan kami daripada Ao Nang ke Ao Thalane iaitu tempat kami utk berkayak yeahh !!! Perjalanan makan masa dalam 40 minit mcm tu, jauh jgk la tempat dia.

Sebelum gerak aku dah siap2 breakfast air nescafe 3in1 cicah biskut. Eh tapi kan aku rasa nescafe 3in1 thailand ni sedap lain mcm kot, sampai skrg aku teringt2 kesedapan nes dia haha. Ok sambung balek. Kami sampai Ao Thalane around 10am. Kami disuruh minum2 dulu kt situ, dia dah sediakan air panas, tinggal nak bancuh sendiri je air. Serbuk coffee and teh disediakan, self service ye !!!

After that kami dipanggil utk berkumpul utk sesi short briefing. Kami punya leader memperkenalkan diri sebagai Banana, aku pon taktau la nama dia sebenar or nickname dia. Banana ni explain cara-cara menggunakan stick kayak tu. Nak pusing ke kiri kena buat mcm mana, nk pusing ke kanan kena buat mcm mana, nk reverse pon ade cara tau !!! Actually berkayak ni pon my very first experience tau haha. So aku agak tertarik dgn cara penyampaian Banana and dah mula tak sabar nk start kayak !!!!

Kami diberi stick kayak satu seorang, air mineral dan life jacket utk tujuan keselamatan bagi yg tak pandai berenang mcm aku hehe. Maka, start la aktiviti kiteorg. Time tu pon cuaca cantik, so aku very enjoy aktiviti kayak kami. 


 Banana tgh bagi penerangan kt satu gua yang dulunya ade penduduk org asli. Ade tulang manusia sekali kt sini. Sebelum dia angkat tulang tu, dia baca doa2 dia sikit hehe


Suruh Banana tlg snapkan gambar kami ahakss...


Cantik kan view dia 


Banana bawak kami ke sekitar kawasan paya bakau. Dia siap ckp kt situ banyak ketam haha. Aku tak heran sgt kt situ bnyk ketam, yg aku heran si Banana ni pandai pulak dia ckp ketam instead of crab wakaka. Jauh jugak perjalanan kami kayak tu. Masa kiteorg otw nk kawasan paya bakau tu, ramai tourist lain dah patah balek means dorg dah start kayak lagi awal drpd kiteorg. 


Muka happy dapat kayak haha


 Nice kan view dia, kt sini air dalam jugak 


 Kasi acah2 sikit


 Kat sini kawasan cetek, so tak leh nak kayak. kena turun and tarik hihi


 Suami i kata, bagi abg plak dok depan. Asyik syg je dpt bergambar wakaka


Sampai pon kawasan paya bakau. Banana kata kt sini kalau musim tengkujuh, paras air dia boleh naik 2 ke 5 meter drpd paras air skrg ni wohoooo. mmg tenggelam la pokok2 tu semua


Time nak balek ke jeti...


Masa nak balek ke jeti tu kami semua kepenatan yang teramat sgt sbb air time tu tgh bergelora and kena pusing jauh sikit sampai nak ke tengah laut jgk la. i is seram ok kalau melibatkan laut2 ni. serius habis kerah tenaga nak mengayak. Laki aku la paling penat sekali, all out dia mengayak sesambil tu membebel "bila nak sampai ni woiii" hahaha. Settle semua around 1pm cmtu. Sesambil rehat kt jeti tu, photographer yg amek gmbr kiteorg mase memula nk kayak tu jual gmbr kiteorg utk buat kenang-kenangan dengan harga THB100. aku pon beli jela, saje buat kenangan kan.

Sampai hotel around 2.40pm. Solat pastu terus gerak area pantai cari lunch. Beli kt motor2 tepi pantai tu jugak sbb murah kan haha. Time otw balek tu tetiba bawah mata aku tu kena sengat dengan lebah. Aku cepat2 tarik and buang lebah tu. Ya allah, sakit and panas rupanya kena sengat ni, berair2 mata aku dibuatnya. Sampai hotel laki aku terus buangkan sengat lebah tu n tuam mata aku dengan air sejuk. Nasib la tak terok, kalau tak mmg spoil honeymoon aku wakaka. 

Lepas makan lepak2 terus naps jap sementara nk tunggu pkol 5 sbb kiteorg nk pergi krabi night market yeahhh !!! Tapi pkol 4.30pm hujan dah start lebat :( ahhh sudah hujan lagi. ni jela peluang kiteorg nk pergi krabi night market since esok dah nak balek Malaysia. Pkol 6 still hujan tp renyai2 jela. Aku and laki aku terus gerak g Krabi Night Market dengan menggunakan waze. Dah 6KM perjalanan hujan makin lebat. Kiteorg patah balek nampak Family Mart stop jap untuk berteduh. dalam setengah jam lepastu aku ckp dgn laki jom la balek ao nang sbb hujan ni mcm takde tanda2 untuk berhenti. Dia pon ikotkan je. Kiteorg decide pergi jumpa soofa, nk tnye la kt ao nang ni mana jual cenderahati yg murah2. Dia ckp kt night matket je murah n dia paksa kiteorg utk pergi jugak night market tu hahaha. 

Dalam pkol 7.00pm gerak, sampai krabi night market dalam pkol 7.30pm. Jarak daripada Ao Nang ke Krabi Night Market dalam 16KM. Hujan masih renyai2. Nak berjalan pon tak best je rasa. Kiteorg pon cepat2 beli cenderahati and makanan sikit pastu tunggu hujan redha terus bla balek ao nang sbb nak pulangkan motor sewa kt soofa.

Pkol 9.30pm kami sampai di ao nang. Jalan2 cari baju and beg sbb duit bath masih banyak lg kuikui. Aku dpt beli sling beg ade gmbr gajah, and laki aku beli tshirt krabi utk kawan2 dia. Yang penting kiteorg tak terlepas utk buat foot massage hahaha. Wehhh best gila kau dia urut, dah la badan tgh penat kan. Dapat kena urut mau tak best kekeke. Settle dlm pkol 11pm, laki aku mintak soofa hntrkan kiteorg balek hotel naik motor pacak 3 hahaha. wehhhh kelakar gila aku rasa satu motor naik 3 org, berdekah je aku kt atas motor tu.

Sempat la say bye bye kt soofa sbb dia very la the friendly person. Next time kalau ade rezeki dpt pergi Krabi mmg Soofa la org yang akn aku cari wakaka. Masuk bilik aku terus kemas2 brg2 kami sbb esok paginya pkol 6 dah bergerak ke airport sbb flight ke KL pkol 8.10am. Oh ye transportation drpd hotel ke airport kami amek dgn soofa harga THB450. Naik 4X4 tuuu hahaha.

So ini jela story aku selama 4 hari 3 malam di Krabi. Actually kami tak puas berjalan sebab tiap2 hari hujan. Ada rezeki mmg aku nk repeat pergi Krabi, insyaallah.


Habis basah muka aku kena hujan haha


Best weh naik motor jalan2 kt Ao Nang, havoc je rasa wakaka



Soofa will be missed sbb dia kelakar mcm laki aku. Elok la dorg berdua ni berjumpa hahaha



Next trip nak ke mana plak yangg ?! Dia kata insyaallah lagi 4 tahun kite pergi cameron eh... eee hawau betol, suka nk buat kita geram


Total duit hangus Day 3 :

Lunch - THB 250 (utk 2 org)
Cenderahati - THB 930
7E - THB 97
Sling Bag - THB 180
Tshirt - THB 180
Massage - THB 500 (2pax)
Van Hotel to Airport - THB 450

Total = THB 2,587










You May Also Like

0 comments

JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian (tak kesah la perhentian kecil ke besar) sila angkat tangan !!! Actually aku dah lama plan nak pergi ke ...