HETEROTOPIC PREGNANCY
Perhatian !!! entri kalini adalah sambungan daripada entri It's a Twin. Suspen tak korang ?! hahaha
Blog aku ni dah macam drama berepisod kan, adeeeee je kesinambungannya haha. Ini adalah sebuah cerita my pregancy journey, 1st experience kann...
So after bleeding, and kena followup dengan pakar O&G Hospital Selayang, maka tibalah hari checkup tersebut pada 12 Julai 2018 bersamaan hari khamis. Sesampainya hospital aku register kt kaunter n tunggu la giliran utk berjumpe dengan pakar. Tunggu dalam 40 minit cmtu nama aku dipanggil n kena timbang berat, amek reading BP. Ku sangkakan berat badan ku mencanak naik, rupanya drop 4KG!!! Yela, aku pon perasan lately aku agak picky time nk mkn, tak berselera sgt. Tapii kena paksakan jugak makan, kalau tidak siannn baby.
Lepas tu dlm 5 minit nombor iolss dipanggil utk berjumpe dgn doc. Masok je alamakkk doc laki la pulakk hmmm sis is redho jela !
Doc : Hi morning puan. So i dah tgk record u, suspect twin pregnancy but the another baby so tiny and small. Ok jom kita scan dulu.
Doc tersebut pon dok godek2 la perot aku. Ya Allah, nampak ank ibu tgh lincah berjoget hehehe. Then suddenly nampak lg baby kecik tu belah kanan tp takde heartbeat. Tapi pada mulanya doc tu pon tak pasti itu baby ataupon ketumbuhan. Lama gila dia scan sesambil berkerut dahi sampaikan dia mintak izin utk scan melalui bawah plak sbb scan method ni lagi accurate and jelas. After that dia panggil sorg lagi doc melayu perempuan, sama jugak memula scan perot pastu dia tak puashati minta lg izin utk scan kt bawah. Aku pon redho jelahhh. Doc ni ckp kompem baby sebab dalam kantung n ade spinal ke ape, im not sure.
Kesimpulannya, dedua doc tersebut masih belom pasti ape masalah pregnancy aku. Makanya, dorg terpaksa panggil consultant/specialist O&G. Kira ni antara yang terpakar la. So aku dipanggil masuk ke bilik consultant tersebut, doc singh perempuan. Dia mintak izin utk scan terus melalui bawah. Ini kali ke 3 okkkkk aku discan memalui bawah, redho jelahhhh. Doc tersebut telah mengesahkan aku mengalami HETEROTOPIC PREGNANCY iaitu satu janin di dalam rahim dan satu lg di luar rahim. Kira twin pregnancy, tp yg luar rahim tu tak menjadi. Memandangkan kes aku ni kes yg rare dan sgt sgt jrg berlaku, doc tu panggil semua doc O&G yang ade kt klinik time tu utk observe sekali aku. Bayangkan dalam bilik tu aku dikelilingi ramai doc. Dorg siap snap pic scan tu utk buat case study, tp before that dorg dah mintak izin kt aku awal2.
Perasaan aku ? Kau rasa?! aku masa doc dah ckp baby luar rahim tu tak menjadi aku dah sedih kot. Tp aku still boleh kawal emosi aku. Selesai scan semua, aku dipanggil masok semula ke bilik doc india lelaki yg memula tu. Dr Thinesh nama dia dan dia ditemani doc perempuan melayu tu.
Doc Perempuan : Puan dah aware mengenai kes puan ni ?
Aku : Aah, tp sy masih blur.
Dr Thinesh : Puan, mcm ni ye. mcm yg diterangkan sebentar td, puan mengalami Heterotopic Pregnancy. Baby yg diluar rahim tidak menjadi dan tidak membesar. Kes puan ni sgt2 jarang berlaku.
Aku : so baby lg satu tu ok ke ? (suddenly terus termenangis sbb drpd tadi tahan kan)
Dr Thinesh : baby yg dalam rahim tu ok, puan jgn risau ok. dia membesar ikot weeks yg sepatutnya. Puan bersabar ye, ini hikmah yg baik memandangkan baby luar rahim tu tak membesar dan tak bernyawa. Kalau tidak boleh mengancam nyawa puan.
Doc perempuan tu pon amekkan tisu n bg kt aku. Serious aku takleh tahan menangis lgsg sbb yela kita baru nak happy yg kita bakal dpt baby twin tp end up mcm ni pulak. Walau apapon, aku still bersyukur sgt2 baby dalam rahim tu sihat, alhamdulillah. Now, aku nak focuskan more to baby besar tu. Aku masih dalam pemantauan doktor pakar, kena followup setiap 2 minggu sekali kt hospital selayang sampai la aku bersalin nanti. Habis nak buat mcm mana, kena la redho sajaaa.
Doc ade bgtau selagi takde pendarahan atau cramp kt perot, dia taknak usik ape2. Means tak buat operation utk buang baby tu la (selagi baby tu tak membesar). Mungkin masa nak bersalin nt dia akan keluarkan sekali baby yg kecik tu atau lama2 mungkin dia akan mengecut. Doc cuma nasihatkan banyakkan berehat and kalau ade bleeding atau cramping TERUS dtg emergency, jgn tunggu2.
Kalau korg tnye aku symptom2 Heterotopic Pregnancy ni, aku sendiri kurang jelas and aku try google pon dorg pon ckp takde tanda2 yg jelas pon seseorang tu mengalami HP. Ape yg aku perasan dari awal aku pregnant sampai la skrg aku bnyk kali demam, on off demam tu. Demam yg tak terok la. Sehari dua dah ok tp kerap. Then aku ade sakit pinggang yg melampau2, sampai kdg2 tu nak bangun pon suami aku tlg pegangkan. Sakit pinggang tu toksah ckp la, mmg sakit gilaaa. Last sekali aku kerap sakit kepala gak, jenis yg berdenyut2 tu. Kena tidur baru ok sikit hmmm.
Selera makan aku pon agak kurang sbb tu berat bdn aku drop and maintain je. Tak naik naik pon. Nurse kt KK pon risau gak sampaikan bila cek HB, HB aku low la pulakkk. Dah ade pen merah dlm buku pink aku, ANEMIA ditulisnya. Walaupon aku agak picky nak makan, aku paksa2 gak sumbat. Kalau tak kesian kt baby tak dpt makanan berkhasiat.
Now alhamdulillah kandungan aku dah 18weeks6Days, nak masok 19weeks dah ank ibu :) semoga anak dalam kandungan sihat2 jelah termasok ibunya sekali haha. Kalau korg ade pengalaman mengandung Heterotopic ni share2 la dgn aku ye, sbb aku search kt blog takde la pulak.
Sekian, next entri aku update cerita lain pulak. tataaa.....
0 comments