Powered by Blogger.

JALAN-JALAN GENTING HIGHLAND 2019

by - July 22, 2019

Huaaaa *menguap sambil tutup mulut kang nanti setan masok! kikiki

Aku mcm biasa, update entri time lunch hour. Nak makan, perot masih kenyang lagi bantai nasi goreng mahal RM3, aku rasa RM2 pon boleh jual dah ermm... dah pehal lak cerita pasal harga nasi goreng ni hahaha...

Ni saja nak kabor haritu laki aku ajak pergi Genting Highland, saja nak bawak Dhani Boy jalan2 makan angin sejuk kt ats tu hehe... padahal sebenarnya dia saja nak bagi aku lembut hati sikit pasal esoknya dia kena pergi oustation 4hari, choiii 💢

So gerak pukul 11.20am camtu. Aku kalau boleh nak ikot jalan ulu yam je. Laki aku plak sebok nak ikot highway, so aku follow jela. Bila dah masok jalan batu caves, jem sepanjang jalan nak ke tol gombak, hamekkkk !!! pastu sebok ckp "syg punya instinct mmg selalu betol la" haha. Last2 ikot jalan gombak lama je.

Sampai kt atas tepat pkol 1.30pm siap parking semua la tu. Dah mcm pergi ipoh plak dia punya lama tu hahaha. Sepanjang jalan dr bawah cuaca panas and aku mcm biar betol selalunya jln kt hutan2 ni sejuk je. Sekali sampai atas, udara mmg sejuk la, tp takde la sejuk cambiase tu, terasa jugak bahang tu. Yela, tempat org banyak berjoli kan kikiki

Dhani boy tadi dlm kereta dah tidur kejap, ni dah sampai dia terus terjaga. Jadi jakun la jap pehal sejuk la angin ni kan hehe. Memula cadang nak naik cable car Sky Awana baru tu. Tp disebabkan ramai org, so tak jadi la. Tunggu dhani besar sikit la kita naik k baby..

Park kt First World Hotel and terus cari Skytropolis Theme Park (Indoor Theme Park). Last aku dtg genting ni last year bulan April under renovation lg dalam ni. Now dah Siap and sesuai utk kanak2 dia punya permainan, kids friendly. Tapi bagi aku tak bnyk sgt la game dlm ni, tak berapa syok utk org dewasa macam kita ni. Yang Outdoor Theme Park aku taktau la bilanya nak siap, dah la huduh !!! How come eh dia punya finishing mcm tu ? Tgk dari atas mcm tempat kena tinggal dah lama, serius !

Korg boleh amek pakej utk Indoor Theme Park ni ataupon nak amek single ticket utk setiap permainan pon boleh, tp rugi la kan. Aku list kan harga ticket kt bawah ni :

  • Pay-per-ride ticket


    Each ticket permits a one-time experience on one ride

    Ticket pricing

    Weekdays (Mon – Fri)

    RM10

    Sat – Sun , Public Holidays, Eve of Public Holiday, School Holidays

    RM15

    Preview Pass


    Preview Pass allows you to have unlimited experience based on available rides.

    Online ticketing available for Preview Pass only. 2-Day Preview Pass can be purchased at the counter.

    Ticket pricing

    Skytropolis Indoor Theme Park Preview Pass

    RM60

    2-Day Preview Pass

    RM78

Aku masok situ just jalan-jalan je, tak main pon permainan dalam tu. Dhani very enjoy tgk lighting LED kt sana, sgt amazing dan cantik !!! Pastu just tangkap gambar, adalah beberapa keping untuk dibuat kenangan, nanti boleh tunjuk kt dhani bila dia dah besar, ada la benda nak bercerita hahaha...

Tengok la dhani tu, sebok tengok lelampu, ibu sorg jela senyum nampaknya uhukk

Babah dan Dhani Boy !!!

Senyum sikit dhani, kesian babah syok sendiri hahaha

Family Potrait kt Genting Highland, ada ada kan haha

My 7 months old babyboy. Besha dah dia ye, ada gigi 2 batang kt bawah dan keje nak menggeget ibu je pastu ibu geget dia balek hahaha terpanjang lak caption gambar 😂



So itu jela entri tak seberapa aku kalini hahaha. Next aku update pasal bercuti kt melaka pulak ye, 27hb Jul 19 ni gerak, saja bawak dhani boy nak mandi pool pulak.



Ok babai tata....

You May Also Like

0 comments

JALAN-JALAN TERENGGANU (PULAU PERHENTIAN BESAR) 2020

Siapa pernah pergi Pulau Perhentian (tak kesah la perhentian kecil ke besar) sila angkat tangan !!! Actually aku dah lama plan nak pergi ke ...